Monday 26 December 2011

Android vs Apple?Persoalannya Manfaatkah gajet anda?

Assalamualaikum.

Hari ni sembang-sembang santai pasal gajet pulak.Saya ni memang hantu sikit bab gajet.He2. Cumanya beli mana yang mampu jela.Kalau nak dikejar teknologi ni memang tak terkejar.Yela baru berapa bulan keluar satu gajet baru, keluar lagi yang lain lebih canggih.So kalau yang banyak duit terlebih tu,kerja asyik nak tukar gajet jela.Apa pun secanggih dan sehebat mana teknologi kalau kita tak guna untuk kebaikan tak guna juga.



 Sekarang ni,orang sibuk beli gajet canggih-canggih,Tapi ada juga beli je sebab ikut trend,tak tahu nak guna.Sekadar bergaya jela.Last-last jadi mainan untuk anak-anak.Pada saya pilih dan beli gajet ni ikut kegunaan dan keperluan kita.

Gajet yang sekarang ni ramai yang gunakan adalah tablet pc macam iPad, Galaxy tab dan macam-macam jenama lagi.Harga pun lebih kurang je.

Kegunaan tablet pc ni antaranya ada bermacam-macam aplikasi yang bagus-bagus sama ada berbayar atau percuma.Tapi nak install aplikasi berbayar secara percuma pun boleh.Download sahaja.Dekat mana nak download? Boleh tanya en Google.

Bagaimana untuk anda memanfaatkan gajet anda?

1.Anda boleh install aplikasi keperluan Muslim seperti AlQuran, dan hadis-hadis pilihan.Jadi di mana-mana anda berada,anda boleh membaca alQuran atau Hadis.Aplikasi seperti ni percuma biasanya.So dengan gajet anda ni anda boleh menjana pahala sebanyak yang boleh apabila anda membaca al-Quran.

2.Anda boleh mengisi gajet anda dengan ebook-ebook yang bermanfaat.Boleh download percuma atau beli di internet.Anda dah tak perlu lagi membawa buku yang berat ketika anda keluar rumah.Sementara tunggu isteri gi shopping bolehlah anda membaca.

3.Yang ni tak perlu bagitahu pun orang akan install kat gajet masing-masing.Games.Game yang popular dulu angry bird la.Tapi lama-lama boring gak pasal makin lama makin susah nak menang.Ni kalau boring sangat-sangat,atau time nak hilangkan ngantuk boleh la anda main game.Jangan asyik main game je kerja lain semua tak buat.Sebab orang Islam ni tak buat benda kecuali yang bermanfaat sahaja.

4.Gajet anda canggih macamana pun kalau takde internet tak best mana lah.tapi kebiasaannya anda mesti langgan sekali pelan Internet.Kalau anda dah ada internet tak perlu ajar buat apa pun anda dah explore macam-macam.Saya sarankan anda gunalah pada kebaikan.Buka video ceramah ke macam ceramah ustaz Azhar Idrus,baca blog yang bermanfaat,tulisan ulamak, dan berita yang diyakini telus dan jujur,maka dapat tambah ilmu anda.So bertambah canggih teknologi,bertambah canggih la juga ilmu kita.

5. Kongsi ilmu dan maklumat yang anda ada dan yang bermanfaat dengan kawan-kawan di internet.Ingat mengingat,nasihat menasihati.Sama ada melalui blog ke, facebook ke, youtube dan pelbagai medium lg.Jangan pulak bergaduh ke,fitnah ke.jangan sebab facebook ke tweeter ke myspace kita semua bergaduh ludah-meludah..tak pasal tambah dosa.Dah la pahala kurang.

Kesimpulannya, biarlah kita buat benda-benda yang bermanfaat. Dapat tambah pahala dan saham akhirat.Selamat mencuba.

2 comments:

  1. Nice article bro. Aku pun sekarang pakai both Apple and Android product. So far so good.

    http://awangshamsul.net

    ReplyDelete
  2. terima kasih..dua gabungan ni mmg hebat..he2.

    ReplyDelete