Saturday 24 December 2011

Zakat Pendapatan? Macamana Nak Kira? Saya Tak Tahu?

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar iman kawan-kawan?Semoga sihat hendaknya.

Alhamdulillah syukur kepada Allah beri kita macam-macam nikmat.Semoga nikmat yang kita terima kita manfaatkan sebaik-baiknya. Ok hari ni nak kongsi lagi tips dan cara nak kira zakat. Sekarang ni canggih,semuanya semakin mudah dan dimudahkan.Nak kira zakat dah dimudahkan.Nak bayar pun sekarang ni senang.Hanya di hujung jari sahaja dah boleh menunaikan zakat.Tapi belum tahap keluar zakat dengan niat je..Yang tu kita belum capai lagi teknologi secanggih itu.


Zakat Pendapatan.


1.Jumlah Pendapatan kita setahun (daripada gaji tetap kita-gaji kasar tau-,termasuk elaun,OT,bonus,side income dr sewa rumah ke,pendapatan dari blog ke,niaga kecik-kecik,part time dan sebagainya)

2.Jumlah Perbelanjaan Asas Hidup (yang ni telah diselaraskan mengikut Unit Perancang Ekonomi) seperti berikut:
         a) Diri sendiri RM 9,000 setahun
         b) Isteri setiap seorang RM3,000 setahun
         c) Anak setiap seorang RM 1,000 setahun

3. Jumlah perbelanjaan bagi tanggungan lain seperti Ibubapa- Tiada had dan mengikut perbelanjaan sebenar

4. Jumlah caruman KWSP juga jumlah caruman ke institusi yang sudah membayar zakat seperti Tabung Haji.

Cara Pengiraan:
1.Jumlah pendapatan setahun - Perbelanjaan Asas - Tanggungan Lain - Caruman Kwsp - Caruman Tabung Haji = Baki Pendapatan
2. Baki Pendapatan (sekiranya melebihi nisab) x 2.5% = Zakat Setahun

Nota:
1.Nisab adalah ukuran seseorang wajib zakat atau tidak.Ia ditentukan mengikut kadar nilai 85gram emas. Boleh rujuk pusat zakat negeri masing-masing.
2.Anda juga boleh dan harus membayar zakat lebih awal sebelum sampai tempoh setahun samaada membayar secara bulanan, agar tidak terasa berat mengeluarkan secara sekaligus, dan di akhir tahun mencukupkan jumlah atau baki yang masih kurang.

Pening? klik sini je.

No comments:

Post a Comment