Thursday 22 December 2011

Ambil sesuatu ilmu itu dari ahlinya

Suatu yang perlu kita insafi bersama, dalam setiap bidang dan perkara ada ahlinya iaitu orang yang pakar dalam bidang tersebut yang menjadi rujukan. Dalam bidang kedoktoran ada pakar rujuknya, bidang masakan bidang, matematik dan sebagainya ada ahlinya . Begitu juga dengan Islam,ada pakar fiqhnya, usul fiqh, usuluddin,tafsir, hadis dan sebagainya.

Justeru andai kita ingin mengetahui tentang sesuatu bidang rujuklah pakarnya.Contoh dalam Politik Islam rujuklah ulamak dalam bidangnya.Muamalat rujuk ulamak dalam bidangnya.

Kalau kita sakit kepala sudah tentu kita tidak jumpa mekanik.Macam tulah bila kita hadapi masalah dalam satu isu bukan wartawan yang kita cari dan dengar,mungkin ada kebarangkalian silap menyampaikan dan memahamkan orang,maka orang dalam bidang tersebut lah tempat kita rujuk.Wallahu A'lam.

PENTING!! Ilmu sebelum bercakap dan beramal..bertindaklah dan bercakaplah dengan ilmu.



Isu yang dibesar-besarkan media berkaitan politik dalam jemaah Pas..Maka dengarlah dari ahlinya:

Dari kalam Presiden:

Firman Allah :
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَافَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah:122)

Sabda Rasulullah S.A.W.
مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ

(Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya Faqeh (faham ) dalam  perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim

Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.

Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada  kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan  ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.
 
Sumber: Blog Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Untuk tulisan penuh klik sini

No comments:

Post a Comment