Thursday 8 March 2012

Rancangan Syaitan Terbongkar

Assalamualaikum..Kita semua tahu syaitan adalah musuh utama kita.Tapi ramai yang tewas dengan mereka dan sering tertipu dengan mereka,sehingga ada yang menjadikan mereka sebagai kawan,pembantu malah ada yang menyembahnya.Nauzubillah..Nah ini rancangan syaitan nak sesatkan kita.Berhati-hatilah ye.Moga kita terselamat daripada godaan mereka.  

 

 
Pernahkah anda mendengar persidangan ini? Sedikit renungan dicelah kesibukan kita, sekadar saling mengingatkan. Dalam suatu persidangan iblis, syaitan dan jin, dikatakan:
 
"Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid",
 
"Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran",
"Malah kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka ALLAH SWT dan Pembawa risalah-Nya Muhammad",
"Pada masa mereka melakukan hubungan dengan ALLAH SWT, maka kekuatan kita akan lumpuh."
 

Sunday 12 February 2012

Ilmu- Makanan yang Penting tapi Ramai yang Abaikan

Assalamualaikum.

Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W,para sahabat dan ahli keluarga baginda.

Semua orang tahu,bila lapar perlu makan. Tak payah suruh dan ajar, kita sendiri akan bangun dan mencari apa yang boleh di makan.Walaupun tiada duit,kita akan berusaha mencari makanan,sebab perut dah lapar.
Cuma apa yang kita makan ni kadang kala baik untuk perut dan tubuh badan, kadangkala tidak baik dan boleh memberi penyakit.

Itu bab makanan untuk jasmani kita.Nah bagaimana pula hati kita?


Dalam kitab Ihya'-karangan imam al-ghazali,bab mula-mula sekali berkaitan dengan ilmu ada menyebut..
"Bukankah orang sakit itu bila dilarang makan dan minum serta berubat akan mati? Begitulah hati. Jika ia tidak diberikan hikmah dan ilmu selama tiga hari,maka ia pun mati."

Wednesday 25 January 2012

Kalau Engkau Ingin Berjuang Bersama Mereka..


"Ya Allah pimpinlah kami ke jalan yang benar.Jalan orang-orang yang telah engkau kurniakan nikmat ke atas mereka. Iaitu para nabi-nabi, para siddiqin, para syuhadak dan para solehin. Tempatkanlah kami berada di kalangan mereka.Ameen."

Panduan Pelaburan Emas di Bank: Halal dan Haram

Assalamualaikum.
Sejak akhir-akhir ni,ramai yang sudah memilih untuk melabur dalam pelaburan emas.Namun ada sesetengahnya yang mengabaikan halal haram dalam pelaburan emas ini,dek kerana hanya melihat kepada keuntungan duniawi semata-mata,sekaligus mendedahkan diri mereka terjerumus dalam riba.Kerana emas merupakan salah satu item ribawi.Sebab itu ajaran asas dalam Islam Ilmu dulu sebelum melakukan sesuatu atau bercakap sesuatu.
Sedikit panduan untuk pelaburan emas di bank:


• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.

Tuesday 24 January 2012

Seruan Kubur: Pesanan Buat Insan Yang Selalu Lalai

Kubur setiap hari akan menyeru manusia sebanyak 5 kali. Pada setiap seruan itu, kubur akan berkata:

 

Aku rumah terpencil, maka kamu akan senang  hati dengan selalu membaca al-Quran.








 
Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu mengerjakan solat malam.








 

 Aku rumah yang penuh dengan tanah dan debu, maka amal soleh yang menjadikannya sebagai hamparannya.







 

Aku rumah ular berbisa, maka bawalah Bismillah sebagai penawarnya.






Aku rumah pertanyaan munkar dan nakir, maka banyakkanlah bacaan "la ilaha illallah muhammadar rasulullah" supaya kamu mudah menjawab pertanyaan mereka.




Mari sama-sama kita perbanyakkan mengingati mati, dan menyediakan bekalan akhirat..

Thursday 19 January 2012

Hartamu Di Dunia Jariahmu Di Akhirat

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar sahabat-sahabat. Rindu rasa hati untuk mencoret sedikit di blog.Biasa lah kadang rajin, kadang malas,kadang sibuk.Alhamdulillah sekarang Allah beri kesempatan waktu sedikit.So kena manfaatkan waktu yang Allah beri pinjam ni untuk perkara yang bermanfaat..Mencoret di blog.Semoga bermanfaat untuk semua.

Hari ni kita cerita sedikit pasal harta dalam Islam.Sebut harta je,mesti semua orang nak ada banyak harta.Nak jadi kaya.Usaha macam-macam cara nak dapatkan harta.Tak perlu orang nasihat suruh cari harta,kita sendiri yang fikir cara-cara nak dapat harta yang banyak.Itulah namanya fitrah.Memang Allah jadikan manusia ni suka,cenderung dan sayang akan harta tersebut.


Sunday 15 January 2012

Layakkah Mereka Menjadi Pemimpin Kita?

Assalamualaikum.

Lama rasa tak menulis di blog.Rindu juga. Bukan apa, saja duk perhati isu-isu yang belaku di negara kita khasnya dan dunia amnya.Tertarik dengan sesetengah isu yang berlaku.Saya ada baca sebuah blog mengatakan dan membongkar bahawa ada sesetegah pemimpin yang masuk dalam sesebuah parti atau jemaah kerana ada kepentingan sendiri.Ada matlamat lain dan ingin mengambil kesempatan ke atas jemaah itu.Dan ada juga sesetengah ahli yang tidak bersetuju jika seseorang yang baru terlibat dalam jemaah,sudah diangkat dan diberikan jawatan sebagai pemimpin.Dan maam-macam isu dalam memilih siapa yang layak diangkat sebagai pemimpin.

 Wallahu a'lam hati masing-masing hanya Allah sahaja yang tahu, siapa yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan atau sebaliknya.Moga Allah pimpin kita dan mereka-mereka yang jujur dalam perjuangan ini ke jalan yang benar.

Monday 9 January 2012

Sekularisme.. Perkara Yang Mesti Anda Tahu- Siri 2

Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang saya sebut dalam Siri 1.Klik sini untuk mengulangkaji. Kita sambung lagi pembacaan kita berkisar Sekularisme,perkara yang mesti kita ketahui hakikatnya.


Sekular dan Agama

Adakah peranan agama sepenuhnya ditolak oleh negara di dalam fahaman sekularisme?

Sekularisme..Perkara Yang Mesti Anda Tahu-Siri 1


Assalamualaikum w.b.t..Sahabat-sahabat yang dikasihi.Harini saya nak share benda berat sikit tapi penting untuk agama, diri,keluarga, masyarakat dan negara kita.Semoga bermanfaat.
Kenali Sekularisme- Siri 1

Erti Sekularisme

1. Kamus BBC: Kepercayaan bahawa agama tidak sepatutnya mempunyai sebarang pengaruh atau hubungan  dengan pentadbiran sesebuah negeri, sebagai contoh dalam bidang pendidikan ataupun aturan politik.Oleh itu untuk  mensekularkan sesuatu sistem seperti masyarakat atau pendidikan ia bermakna merubahnya  sehingga ia tidak lagi berada dibawah kawalan pengaruh agama.

Saturday 7 January 2012

Kisah Mat Rempit Yang Berubah..Kita Bagaimana?

Assalamualaikum.

Bangun pagi, saya terbaca kisah ini..Sebenarnya sesiapa pun boleh berubah.Mat Rempit yang kebanyakan masyarakat kita pandang rendah pun boleh berubaah,kita sepatutnya lebih-lebih mudah untuk berubah.Yang penting diri sendiri yang menentukan sama ada nak berubah atau tidak..Allah akan beri hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki dan yang mencarinya.Tips saya nak jadi baik mudah sahaja,isilah hati ini dengan ilmu,duduk dengar majlis ilmu,berkawan dengan orang alim dan soleh.

Jom sama-sama kita hayati kisah ini.Mungkin dapat membangkitkan motivasi kita untuk mengambil langkah berubah kepada yang lebih baik.

Siapakah Si Miskin?


Gambar ni mempunyai pengajaran yang baik. Terjemahannya..

Mereka berkata "Orang miskin (susah) adalah orang yang tak tahu bahasa inggeris, kerana dia menghadapi kesukaran dalam memahami kalam (bahasa) manusia.

Dan aku pula berkata " Orang miskin/susah (yang sebenar) adalah orang yang tak tahu bahasa arab, kerana dia menghadapi kesukaran memahami kalam robbu nas (Tuhan dan pencipta manusia)

Belajar lah bahasa arab,sekurang-kurangnya kita faham apa yang kita lafazkan dalam solat dan doa..

Tips dari Ajaq Qahiri di Majalah Wanita?

Assalamualaikum kawan-kawan..

Betul ke tips Ajaq Qahiri masuk majalah wanita? Apa kena mengena la saya sampai boleh masuk majalah Wanita. Selama ni tak pernah pun terfikir boleh masuk majalah, apa tah lagi majalah wanita.Kalau nak cari saya di Majalah Wanita,carilah di keluaran Januari 2012. Majalah Wanita tau, bukan Mingguan Wanita ye..

Saya telah ditemuramah dua bulan lepas oleh wartawan majalah Wanita untuk mengulas dan memberi pandangan berkaitan ibu tunggal dan memberikan tips-tips bagaimana nak menaikkan motivasi ibu tunggal ni..

Wednesday 4 January 2012

Batuk-batuk Membuatkan Anda Tak Selesa Tidur Malam?

IKLAN:
Anda atau keluarga anda tak sihat ,batuk2? Bole cuba yang ini..Kita berusaha Allah menyembuhkan..Klik sini. Sekian, selamat mencuba..

Tuesday 3 January 2012

Sketsa Kehidupan 2


Biar gambar berbicara..Realiti hidup kita..Hukuman di dunia kadang-kadang berat sebelah..Ada orang tidak bersalah tapi dihukum. Ada orang bersalah tidak dihukum..Ada pesalah diberi hukuman ringan tidak setimpal dengan kesalahannya, ada juga sebaliknya yang dijatuhkan hukuman berat berbanding kesalahan yang dilakukan..Itulah dunia..Tetapi kita beriman adanya AKHIRAT.. Allah lah sebaik-baik pengadil dan penghukum.

Sketsa Kehidupan

Dalam keadaan kita dihimpit oleh tekanan ekonomi dengan kenaikan harga barang, ada tangan-tangan yang menghulurkan bantuan nak ringankan beban rakyat..Terima kasih banyak-banyak..Baikkan? Baik ada makna...Sebagai tanda terima kasih kita pada mereka,kita beri mereka rehat dari segala beban rakyat yang terpaksa mereka tanggung.Susah-susah je..

Bila Quran Terbiar


Pabila Quran mula terbiar,
Hati mula menjadi liar,
Diri jauh dari petunjuk ilahi,
Jiwa kacau asyik nak berkelahi,
Badan lemah lesu untuk bangun beribadat,
Cergas dan aktif melakukan maksiat,

Monday 2 January 2012

Doktor Yang Baik Hati


Seorang pesakit memeriksa penyakitnya di sebuah klinik.. lalu doktor berkata..

Doktor : "Anda harus dibedah!"

Pesakit : "Apakah pembedahan ini berbahaya, Doktor?"
... ...
Doktor : "Ya... hanya 1 dari 10 pesakit yang selamat dalam pembedahan seperti ini."

Pesakit : "Apa???!!!"

Doktor : "Anda jangan takut."

Pesakit : "Kenapa?"

Doktor : "Kerana... Saya sudah membedah 9 pesakit sebelum ini dan semuanya mati."

Awas : Doa Orang Dizalimi

Daripada Abdullah bin Abbas r.a, Nabi SAW bersabda mafhumnya:
" Takutilah doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada hijab di antaranya dengan Allah"


Sunday 1 January 2012

Belajar dari Alam:Mata Lebah vs Mata Lalat

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang disayangi.

Hari ni saya nak kongsi sesuatu dengan sahabat sekalian. Saya harapkan ia adalah suatu yang bermanfaat buat kita semua.

Jom kita melihat alam ciptaan Allah dan kita belajar daripadanya. Kita tengok lalat dan lebah. Binatang yang kecil tapi padanya ada pelajaran yang sangat besar buat kita. Nabi kita pun ada menyebut kepada kita supaya jadilah seumpama lebah..Kenapa lebah?bukan lalat jom kita berfikir.

Raja Lawak Kembali: Gandingan Us Azhar Idrus dan Zizan

Assalamualaikum. Lucu tengok dua raja lawak ni. Lawak selamba. Yang best sambil kita bergelak boleh dapat ilmu..Sangat menghiburkan.

Sesi soal jawab berkaitan isu-isu semasa. Antaranya apakah hukum countdown dan sambutan tahun baru?, hukum brmain alat muzik, adakah alat muzik itu najis? apa hukum ambil wuduk dalam keadaan telanjang? kenapa orang perempuan suka berbelanja? bolehkah anda menjadi menantu Ustaz Azhar Idrus? dan banyak lagi..Layan..


Nilah usaha yang dibuat beliau untuk menarik ramai anak muda supaya mengaji Islam..Islam adalah agama kita,Islam adalah cara hidup  kita.Terima kasih bro pridelezz kerana upload full video..cool..Semoga Allah beri ganjaran yang besar.