Sunday 18 December 2011

Manusia Yang Tidur

Nabi S.A.W bersabda " Manusia itu tidur,apabila sudah mati barulah dia sedar."
Apakah yang dimaksudkan daripada kata-kata Nabi S.A.W ni?Kalau nak diikutkan kata-kata ini seolah-olah terbalik.Sepatutnya mati itulah tidur bagi manusia.
Berkata Syeikh Sya'rawi rahimahullah, bahawa manusia itu ramai yang tidur dan lena daripada apa yang sedang menantinya di akhirat kelak.Sesetengah manusia itu ada yang percaya dengan yakin, ada yang ragu-ragu dengan hari akhirat,malah ada yang menafikannya.
Akan tetapi semua manusia ini akan benar-benar menjadi yakin dan percaya tentang akhirat ini apabila mereka telah mati.Mereka akan menyaksikan dan melihat sendiri dengan pandangan yang yakin. Ketika itu(sesudah mati) barulah mereka sedar, mereka akan melihat api neraka, lalu di atasnya dan menyaksikannya sendiri.Sesiapa yang di dunia percaya dengan apa yang dikhabarkan oleh alQuran dan Nabi,dan dituruti ajaran Islam,dia akan terselamat dari neraka dan azabnya.

Sahabat-sahabat pembaca yang budiman,ayuh kita bangun dari tidur yang dimaksudkan Nabi S.A.W ini.Akhirat itu pasti,jangan tunggu hari esok baru hendak beramal.ayuh kita renung dan fikir sejenak,semoga kita semua mendapat manfaat.Wallahu 'Alam.

No comments:

Post a Comment