Tuesday 20 December 2011

Majlis Memperingati As-Syahid Imad Iffat Rahimahullah Taala

Kredit kepada penulis dan penterjemah: Syeikh Muhammad Noorazam Bahador

Ucapan Al-Imam Al-Allamah,Murabbil Ummah,Fadhilatud Duktur As-Syaikh Ali Jum'ah,HafizahuLLAHu Taala di Majlis Memperingati As-Syahid Imad Iffat Rahimahullah Taala, di Masjid Al-Azhar As-Syarif, 20-12-2011

Mufti Negara Mesir di Majlis Memperingati Syahid Darul Ifta' :

"Sesungguhnya mata ini pasti bergenang dengan linangan air mata,dan sesungguhnya hati ini merasa sedih,dan kami semua adalah orang-orang bersedih di atas perpisahan dengan kamu wahai Syaikh Imad, akan tetapi,kami tidak akan mengucapkandengan lisan kami melainkan ucapan-ucapan yang diredhai oleh Allah S.W.T.
Cukuplah Allah sebagai Pembela Kami,dan Dialah sebaik-baik tempat kami menyerahkan urusan-urusan kami.
Mereka membunuh anakku,kemudian membakar pula kitab-kitabku."
____________________________________________________________________________

Darul Ifta' Mesir,dengan kerjasama Jawatankuasa Pendakwah Kementerian Wakaf telah menganjurkan Majlis Memperingati Syahid Al-Azhar dan Darul Ifta', As-Syaikh Imad Iffat di Masjid Al-Azhar As-Syarif selepas solat Zohor (Selasa 20-12-2011).

Majlis ini telah dihadiri oleh Prof Dr Ali Jum'ah Mufti Mesir,dan Wakil dari Kementerian Wakaf Mesir As-Syeikh Fuad Abdul Azim,Wakil Utama Kementerian Wakaf Mesir menggantikan Prof Dr Abdul Fudhail Qusi,Menteri Wakaf Mesir dan ratusan Imam-Imam Kementerian Wakaf Mesir,dan para Ulamak Darul Ifta' Mesir,juga pelajar - pelajar As-Syeikh Imad Iffat.

Fadhilatul Mufti telah memulakan ucapan beliau dengan berkata : "Kita mengikuti dan mengambil contoh untuk bersabar dalam menghadapi musibah ini,dengan Imam Orang-Orang yang bersabar,Rasulullah S.A.W,yang mana Baginda sendiri telah kehilangan Isteri Baginda,Bapa Saudara Baginda yang hanya berselang tempoh kehilangan kedua mereka selama 3 hari sahaja. Selepas dari itu,Baginda kehilangan pula anak Baginda, Saidina Ibrahim."  Ketika ini,ucapan Fadhilatul Mufti terhenti,akibat tangisan beliau.

Beliau menyambung semula ucapannya dengan berkata : "Kita berhimpun dan menyokong ucapan Baginda Rasulullah S.A.W : [Sesungguhnya mata ini pasti bergenang dengan linangan air mata,dan sungguh bahawa hati ini merasa sedih,dan kami semua adalah orang-orang bersedih di atas perpisahan dengan kamu wahai Syaikh Imad, akan tetapi,kami tidak akan mengucapkan dengan lisan kami melainkan ucapan-ucapan yang diredhai oleh Allah S.W.T.
Cukuplah Allah sebagai Pembela Kami,dan Dialah sebaik-baik tempat kami menyerahkan urusan-urusan kami]
Semoga Allah menganugerahkan kita GanjaranNya.

Beliau meneruskan ucapan dengan menyatakan : "Pembunuhan terhadap Para Ulamak Al-Azhar bukanlah suatu perkara yang baru timbul dalam sejarah kita ini. Napoleon telah membunuh 5 orang Ulamak Al-Azhar pada setiap hari,(selama 300 hari berturut-turut)sehinggalah sampai kepada jumlah 1500 orang Ulamak Al-Azhar yang telah berjaya dibunuhnya yang mana Para Ulamak itulah yang akan menjadi  benih kepada Kebangkitan Mesir.

Sememangnya,pembunuhan Ulamak Al-Azhar oleh Golongan Perancis dapat kita semua fahami,akan tetapi pembunuhan Para Ulamak Al-Azhar oleh anak bangsanya sendiri,satu proses pembunuhan yang jahat (assasination) yang tidak dapat diterima sama sekali.
Walau apa sahaja yang dibuat dan diusahakan golongan jahat ini, Al-Azhar pasti akan terus kekal,dan merekalah yang sebenarnya akan lenyap."

Fadhilatul Mufti menegaskan bahawasanya : "As-Syaikh Imad sememangnya menyertai Revolusi (Thaurah) semenjak hari pertama revolusi rakyat Mesir lagi.
Beliau telah berdemonstrasi,untuk memperjuangkan Hak (dan Prinsip),beliau telah menyumbangkan Ruhnya yang bersih kepada Perjuangan demi membawa kebaikan kepada Negara,dan memelihara nilai kehormatan dan hak-hak seorang manusia."

Ketika ini,ucapan Fadhilatul Mufti terhenti semula kerana tangisannya,lalu beliau berkata : "Mereka membunuh anakku,kemudian membakar pula kitabku. Dari Allah lah kita datang,dan kepada Allah lah kita kembali" (Ucapan pengaduan musibah dan menyerahkan urusan kepada Allah).

Fadhilatul Mufti menyambung lagi ucapan beliau menceritakan tentang As-Syaikh Imad : "Dia adalah seorang pejuang Revolusi/Demonstrator yang Hakiki,yang mana beliau turun bersama-sama ke Medan Tahrir,tetapi masih tidak mengabaikan tugas mengimamkan dan memimpin manusia,mendidik dan mengajar mereka akan Urusan Agama mereka,sehinggalah dia pergi mengadap Tuhannya dalam keadaan Syahid."

Beliau menambah lagi : "Sekiranya kita ingin membuat pengenalan yang ringkas tetapi padat tentang Imad Iffat dengan beberapa patah perkataan,maka, beliau adalah ILMU,AKHLAK,IBADAH, dan DAKWAH dengan sebaik-baik gambaran dan perlaksanaannya(Keempat-empat sifat tersebut)."Beliau menyatakan juga : "Al-Azhar As-Syarif akan terus kekal sebagai Pengeluar/Penghasil Para Ulamak,Para Siddiqin,dan Para Syuhada' selama mana Negara Mesir ini memerlukan mereka,dan kewujudan mereka diperlukan Ummah."

Fadhilatul Mufti mengumumkan : "Kami telah mengambil keputusan untuk meletakkan nama "Ruwaq Imad" bagi menggantikan nama "Ruwaq Al-Atrak" (Salah satu ruang/dewan pengajian)di Masjid Al-Azhar As-Syarif.
Kami juga akan meletakkan nama beliau sebagai nama bagi Dewan yang terbesar di Darul Ifta'.Kami juga telah menghantar surat kepada Gabenor Kaherah agar meletakkan nama Syaikh sebagai nama kepada Jalan di mana beliau telah Syahid ataupun Jalan di tempat beliau menetap.Sambil menegaskan,Darul Ifta' tidak akan dapat mencari ganti yang menyamai individu yang telah pergi meninggalkan kita yang mana beliau adalah seorang Alim yang Mulia dan tinggi pada kualiti dan nilai dirinya."

Fadhilatul Mufti juga menyatakan bahawa beliau hadir pada Majlis hari ini sebagai wakil kepada Al-Imam Al-Akbar Syaikul Azhar Prof Dr Ahmad Tayyib yang sangat-sangat cakna terhadap apa yang berlaku ke atas As-Syahid atas hubungan beliau yang rapat dengan Insan yang telah pergi meninggalkan kita ini.

Prof Dr Ahmad Toyyiblah yang telah melantik As-Syahid untuk berkhidmat di Darul Ifta' ketika beliau menjadi Mufti bagi Negara Mesir ketika itu.


^^Arma 507^^
Kaherah,
20-12-2011,
8.01 malam.

*Terjemahan dipetik dari Teks Asal di Wall Jabatan Media Darul Ifta' Misriyyah :


مفتي الجمهورية في حفل تأبين شهيد دار الإفتاء : إن العين لتدمع وإن القلب ليحزن وإنا على فراقك يا عماد لمحزونون ولا نقول إلا ما يرضي الرب .. حسبنا الله ونعم الوكيل . قتلوا ابني وحرقوا كتابي
ـــــــــــــــــــــــــــ
أقامت دار الإفتاء المصرية بالتعاون مع نقابة الدعاة بوزارة الأوقاف حفل تأبين لشهيد الأزهر ودار الإفتاء الشيخ عماد عفت بالجامع الأزهر بعد صلاة الظهر وحضره فضيلة الأستاذ الدكتور علي جمعة مفتي الجمهورية وحضر من وزارة الأوقاف الشيخ فؤاد عبد العظيم وكيل أول الوزارة ممثلا عن د. عبد الفضيل القوصي وزير الأوقاف ومئات من أئمة الأوقاف وعلماء دار الإفتاء ومجموعة من طلاب الشيخ عماد عفت
بدأ مفتي الجمهورية كلمته قائلا " : نقتدي في الصبر على مصائبنا بإمام الصابرين رسول الله صلى الله عليه وسلم الذي فقد زوجته وعمه والفارق بينهما ثلاثة أيام وفقد من بعده ابنه إبراهيم وهنا وقفت كلمات المفتي بسبب البكاء وواصل كلامه قائلاً : نتضامن مع رسول الله في قوله : إن العين لتدمع والقلب ليحزن وإنا على فراقك يا عماد لمحزونون ولا نقول إلا ما يرضي الرب حسبنا الله ونعم الوكيل سيؤتينا الله من فضله .
تابع المفتي قائلا : قتل علماء الأزهر ليس حادثا مستجدا في التاريخ يذكر أن نابليون كان يقتل كل يوم 5 من علماء الأزهر حتى وصل عدد من قتلهم 1500 عالم كانوا نواة النهضة المصرية ، وإن كان قتل علماء الأزهر من الفرنساوية مفهوماً فقتلهم على يد أبناء وطنهم غيلة غير مقبول ومهما فعلوا فسيبقي الأزهر ويذهب الناس وشدد المفتي أن الشيخ عماد كان مشاركاً في الثورة من أول يوم وقد ثار من أجل قضية قدم فيها روحه الطاهرة هي صلاح البلاد وكرامة العباد
وعاد المفتي ليقف بسبب البكاء ويقول : قتلوا ابني وحرقوا كتابي فإنا لله وإنا إليه راجعون وتابع المفتي كلامه عن الشيخ عماد واصفا إياه بالثائر الحق الذي كان ينزل في ميدان التحرير وظل يؤم الناس ويعلمهم أمور دينهم إلى أن لقى ربه شهيداً .
وأضاف المفتي إذا أحببنا أن نلخص عماد عفت في كلمات معدودات فهو العلم والخلق والعبادة والدعوة في أحسن صورهم مضيفا أن الأزهر الشريف سيبقى منتجاً للعلماء والصديقين والشهداء ما احتاج إليهم الوطن وطلبتهم الأمة
وقال المفتي : قررنا إطلاق اسم الشهيد عماد عفت على رواق الأتراك بالجامع الأزهر وأطلقنا اسمه على أكبر قاعات دار الإفتاء ، وأرسلنا مذكرة إلى محافظ القاهرة ليطلق اسمه على الشارع الذي قتل به أو الشارع الذي يقيم فيه مؤكدا أن دار الإفتاء لن تعوض رحيل عالمٍ فاضلٍ في قيمة وقامة الشيخ عماد عفت .
وقال المفتي أنه حضر الحفل نائباً عن شيخ الأزهر أ.د. أحمد الطيب الذي راعه ما حدث لعلاقته بالراحل فقد قرر تعيينه بدار الإفتاء عندما كان فضيلته مفتيا للديار المصرية.
By:

المركز الإعلامي لدار الإفتاء المصرية

No comments:

Post a Comment