Monday 26 December 2011

Stress??Islam ada Penawarnya

Assalamualaikum w.b.t


Saya tertarik melihat tajuk utama majalah Solusi  isu no.39 tentang Stres: Manfaat dan mudharat.
Anda pernah stres?Atau anda sekarang memang tengah stres? Dan sedang mencari penawar stres?
Jom kita sama-sama berusaha menguruskan stres kita agar stres yang kita alami dapat kita manfaatkan dalam kehidupan kita. Ada manfaat ke stres ni? Ya jika anda seorang yang positif, anda akan jadikan masalah dan tekanan yang anda hadapi sebagai pendorong anda untuk lebih berusaha untuk membaiki kehidupan anda.

Semua orang pasti akan, pernah atau sedang stress..Sebab stres itu merupakan tindakbalas semulajadi tubuh badan kita  terhadap ransangan fizikal (contoh terlalu penat bekerja, masalah kesihatan) atau emosi (faktor sedih, marah, kecewa dan sebagainya).Jadi ia bukan untuk dihapuskan terus,tetapi ia adalah untuk diurus.Kita kena mengurus stress itu.

Kita memerlukan sedikit stres untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan produktif. Akan tetapi kalau stres terlebih pula boleh membawa mudarat lebih-lebih lagi jika kita tidak menguruskannya dan membiarkannya sahaja. Bila kita tak urus dengan baik akhirnya kita boleh hilang pedoman dan bertindak tanpa berfikir..Ada yang mengambil dadah,arak mencari hiburan yang melampau dan yang paling teruk membunuh diri..Ini yang banyak berlaku di negeri-negeri bukan Islam. Akibat dari stres yang melampau ini juga menjadikan seseorang berubah sikap dari seorang yang ceria kepada murung, bersemangat kepada lemah dan cepat putus asa.

Senjata ampuh menghadapi stres?
1.IMAN...

Selepas kita beriman dengan pencipta kita, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Yang Maha Mengasihani, kita dituntut beriman dan percaya kepada Qada' dan Qadar. Segala yang terjadi dan berlaku adalah datang dari kehendak dan kuasa Allah, Tuhan yang mentadbir alam ini. Setiap yang terjadi pada kita pasti tersembunyi hikmah dan tujuan, kerana hidup kita sebagai orang yang beriman,memang dan pasti akan diuji.Begitulah firman Allah S.W.T

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ * وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

Adakah manusia kira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja mengaku dan berkata aku telah berimana sedangkan mereka belum diuji? Dan kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, sehingga jelaslah di sisi Allah siapa yang benar dalam pengakuan iman mereka dan jelas diketahui siapa yang berdusta.

Jadi orang yang beriman apabila mereka stres dek kerana pelbagai ujian, mereka bersabar kerana mereka tahu ini semua ketentuan dari Allah,lantas mereka muhasabah diri sekiranya ada kesilapan,atau terabai tanggungjawabnya terhadap hak Allah, lalu mereka bertaubat , mengadu kepada Allah dan memohon pertolongan dari Allah. IMAN menimbulkan rasa baik sangka, rasa pengharapan dan keyakinan pembelaan Allah.

Senjata Kedua adalah SOLAT 
Firman Allah :
   يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Wahai orang yang beriman mohon dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan dengan mengerjakan Solat, kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Disamping kita perbaiki kesempurnaan solat dan khusuk kita insyaAllah ada jalan keluar.Allah Maha Kuasa,Allah Maha Kaya.
Dan stres dapat diatasi sekiranya kita yakin bahawa setiap ujian dugaan musibah yang menimpa kita tidaklah melampaui keupayaan kita untuk menghadapinya. "Allah tidak menguji manusia melainkan sesuai dengan keupayaan mereka menghadapinya"

Senjata Ketiga: Patuhi Syariat, Amalkan Akhlak
Apabila dalaman kita sudah baiki,aqidah dan pegangan hidup kita benar,dan kita telah memahami rahsia dan hakikat hidup kita di dunia , kita perlu bertindak melakukan usaha menyelesaikan masalah atau menangani cabaran tadi.Tindakan yang kita ambil pula hendaklah patuh di atas landasan syariat. Laksanakan yang wajib, sunat dan harus, tinggal dan jauhkan yang haram dan makruh. Apabila kita menjadi muslim yang taat,secara automatik akan terbentuk lah disiplin, baik pada pengurusan masa, kewangan, kerja dan komunikasi.Apabila kita berjaya dan bijak mengurus masa,kewangan,kerja dan komunikasi maka kita berjayalah mengurus stres.

ISLAM adalah cara hidup dan penyelesai masalah hidup.Beruntunglah mereka yang mendapat nikmat ini.

Jika anda sudah mengecapi nikmat Iman dan Islam,jagalah ia, hargailah ia.Belajar dan kenalilah Islam.

1 comment: