Sunday 12 February 2012

Ilmu- Makanan yang Penting tapi Ramai yang Abaikan

Assalamualaikum.

Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W,para sahabat dan ahli keluarga baginda.

Semua orang tahu,bila lapar perlu makan. Tak payah suruh dan ajar, kita sendiri akan bangun dan mencari apa yang boleh di makan.Walaupun tiada duit,kita akan berusaha mencari makanan,sebab perut dah lapar.
Cuma apa yang kita makan ni kadang kala baik untuk perut dan tubuh badan, kadangkala tidak baik dan boleh memberi penyakit.

Itu bab makanan untuk jasmani kita.Nah bagaimana pula hati kita?


Dalam kitab Ihya'-karangan imam al-ghazali,bab mula-mula sekali berkaitan dengan ilmu ada menyebut..
"Bukankah orang sakit itu bila dilarang makan dan minum serta berubat akan mati? Begitulah hati. Jika ia tidak diberikan hikmah dan ilmu selama tiga hari,maka ia pun mati."
Kita semua beri tak hati kita makan dan minum seperti mana kita beri tubuh badan kita makan dan minum? Setiap hari kita beri tubuh badan jamah macam-macam.Pagi, tengahari, petang, malam, sampai tengah malam pun ada. Mana tak boroi..Tapi hati kita?Kurus kering kelaparan menanti makanannya yang tak kunjung tiba.

Kita mungkin tak rasa hati kita yang kian tenat,atau mungkin dah mati,minta dijauhkan, dek kerana kesibukan kita dengan perkara dunia telah mematikan perasaan sedar akan hati yang sakit@mati ini. Sibuk mencari makan dan kemewahan hidup di dunia,lupa terus makanan utuk hati dan jiwa serta kemewahan di akhirat kelak.

Tanda hati anda sakit@mati
1.Anda tak berminat dan tak peduli akan majlis-majlis ilmu
2.Tak ada kecintaan kepada ahli ilmu,malah memandang rendah akan mereka..sedangkan Allah mengangkat darajat para ulamak.
3.Dengki dan halang orang untuk mencari ilmu, samada sabotaj,buruk-burukkan orang yang berkongsi ilmu, tidak membenarkan dengan apa cara sekalipun.
4.Memandang hina mereka yang mencari ilmu.
5.Menganjurkan aktiviti dan program seperti hiburan untuk menarik orang agar meninggalkan menuntut ilmu
6.Sukar menerima nasihat,malah dimarahi semula siapa yang menegurnya..


Cek semula diri kita.Kalau hati kita sakit,cepat-cepatlah mencari ubatnya.Jangan dibiarkan saja.Kerana hati yang mati sukar untuk dihidupkan semula.Berdoalah kita kepada Allah agar diberikan ilmu yang bermanfaat,yang menyuburkan dan menyihatkan hati kita.Dah doa,jangan duduk saja,keluarlah mencarinya..

Cari ilmu--amalkan ilmu--sebar-sebarkan ilmu...Indahnya Islam menyuruh umatnya keluar dari kejahilan dan mencari ilmu.

No comments:

Post a Comment