Thursday 29 December 2011

Hot: Mari Ke Taman Syurga 2012

Assalamualaikum..nak kongsi dan ajak kawan-kawan semua, jom ramai-ramai kita sertai konvensyen ni. Sebelum tu tengok dulu video ni..


Menampilkan ramai ilmuwan tempatan dan antarabangsa.

2012: Dunia akan berakhir?

Assalamualaikum w.b.t

Sahabat yang dikasihi sekalian. Lagi beberapa hari kita akan meninggalkan tahun 2011 dan bertemu dengan 2012. Banyak kenangan manis dan pahit dalam setahun yang kita lalui. Yang lepas sudah menjadi history, sekarang adalah reality, dan akan datang masih mistery.



Hari ni kita sembang pasal isu yang orang sekarang sibuk-sibuk bercerita.Pasal 2012. Anda ada terima email ke atau risalah ke yang mengatakan 2012 ni akan berlaku kiamat tak?

Tuesday 27 December 2011

Timbangan Lama bagi Emas

Assalamualaikum..

Saya nak kongsi sikit maklumat tentang timbangan lama yang dipakai orang dulu-dulu.Untuk memudahkan anda kira semula berat emas anda dalam bentuk timbangan semasa seperti gram. Senang sikit anda nak kira zakat emas anda. Kira zakat emas anda di sini

Jom Layan Raja Lawak Versi Ilmu

Assalamualaikum sahabat-sahabat..

Semoga kebaikan yang berpanjangan dikurniakan Allah buat sahabat-sahabat sekalian.Hari ni santai-santai kita layan raja lawak yang bermanfaat.Selalu lawak raja lawak merapu-rapu.Bukan apa,gelak banyak-banyak tapi takde manfaat kita takut hati kita ni sakit dan mati kalau kita tak rawat. Kali ni kita berhibur dan bagi makanan pada hati kita sekali.. Selamat berhibur.

Monday 26 December 2011

Android vs Apple?Persoalannya Manfaatkah gajet anda?

Assalamualaikum.

Hari ni sembang-sembang santai pasal gajet pulak.Saya ni memang hantu sikit bab gajet.He2. Cumanya beli mana yang mampu jela.Kalau nak dikejar teknologi ni memang tak terkejar.Yela baru berapa bulan keluar satu gajet baru, keluar lagi yang lain lebih canggih.So kalau yang banyak duit terlebih tu,kerja asyik nak tukar gajet jela.Apa pun secanggih dan sehebat mana teknologi kalau kita tak guna untuk kebaikan tak guna juga.


Stress??Islam ada Penawarnya

Assalamualaikum w.b.t


Saya tertarik melihat tajuk utama majalah Solusi  isu no.39 tentang Stres: Manfaat dan mudharat.
Anda pernah stres?Atau anda sekarang memang tengah stres? Dan sedang mencari penawar stres?
Jom kita sama-sama berusaha menguruskan stres kita agar stres yang kita alami dapat kita manfaatkan dalam kehidupan kita. Ada manfaat ke stres ni? Ya jika anda seorang yang positif, anda akan jadikan masalah dan tekanan yang anda hadapi sebagai pendorong anda untuk lebih berusaha untuk membaiki kehidupan anda.

Semua orang pasti akan, pernah atau sedang stress..Sebab stres itu merupakan tindakbalas semulajadi tubuh badan kita  terhadap ransangan fizikal (contoh terlalu penat bekerja, masalah kesihatan) atau emosi (faktor sedih, marah, kecewa dan sebagainya).Jadi ia bukan untuk dihapuskan terus,tetapi ia adalah untuk diurus.Kita kena mengurus stress itu.

Kita memerlukan sedikit stres untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan produktif. Akan tetapi kalau stres terlebih pula boleh membawa mudarat lebih-lebih lagi jika kita tidak menguruskannya dan membiarkannya sahaja. Bila kita tak urus dengan baik akhirnya kita boleh hilang pedoman dan bertindak tanpa berfikir..Ada yang mengambil dadah,arak mencari hiburan yang melampau dan yang paling teruk membunuh diri..Ini yang banyak berlaku di negeri-negeri bukan Islam. Akibat dari stres yang melampau ini juga menjadikan seseorang berubah sikap dari seorang yang ceria kepada murung, bersemangat kepada lemah dan cepat putus asa.

Senjata ampuh menghadapi stres?
1.IMAN...

Saturday 24 December 2011

Zakat Pendapatan? Macamana Nak Kira? Saya Tak Tahu?

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar iman kawan-kawan?Semoga sihat hendaknya.

Alhamdulillah syukur kepada Allah beri kita macam-macam nikmat.Semoga nikmat yang kita terima kita manfaatkan sebaik-baiknya. Ok hari ni nak kongsi lagi tips dan cara nak kira zakat. Sekarang ni canggih,semuanya semakin mudah dan dimudahkan.Nak kira zakat dah dimudahkan.Nak bayar pun sekarang ni senang.Hanya di hujung jari sahaja dah boleh menunaikan zakat.Tapi belum tahap keluar zakat dengan niat je..Yang tu kita belum capai lagi teknologi secanggih itu.


Zakat Pendapatan.

Sakit Hati? Nah ini Obatnya

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”


Friday 23 December 2011

Nak buat macamana dengan duit riba?

Assalamualaikum.

Semalam ada seorang sahabat tanya saya satu soalan, sebelum ni ada seorang hamba Allah dia ada buat bisnes emas.Kemudian bisnes yang dia buat ni menurutnya ada lah unsur-unsur riba.So hasil daripada bisnes tu dah bercampur antara modal,untung dan duit riba..So macamana nak buat?Hamba Allah ni nak bersihkan daripada duit riba tapi dia tak tahu berapa jumlahnya.Apa pandangan dari anda?


Pandangan dan jawapan dari saya,

Cara Ketahui Harga Emas Dan Perak Semasa

Assalamualaikum w.b.t


Semoga sahabat-sabat sekalian berbahagia di hari ini.Hari ni saya nak kongsi dengan anda semua bagaimana cara pantas mengetahui harga emas dan perak semasa.Senang untuk anda menyemaknya jika anda berhajat untuk memilih waktu yang sesuai atau tidak anda membeli emas dan perak.

Ok, mula-mula anda perlu pergi ke laman ini.Klik sini

Thursday 22 December 2011

Ambil sesuatu ilmu itu dari ahlinya

Suatu yang perlu kita insafi bersama, dalam setiap bidang dan perkara ada ahlinya iaitu orang yang pakar dalam bidang tersebut yang menjadi rujukan. Dalam bidang kedoktoran ada pakar rujuknya, bidang masakan bidang, matematik dan sebagainya ada ahlinya . Begitu juga dengan Islam,ada pakar fiqhnya, usul fiqh, usuluddin,tafsir, hadis dan sebagainya.

Justeru andai kita ingin mengetahui tentang sesuatu bidang rujuklah pakarnya.Contoh dalam Politik Islam rujuklah ulamak dalam bidangnya.Muamalat rujuk ulamak dalam bidangnya.

Kalau kita sakit kepala sudah tentu kita tidak jumpa mekanik.Macam tulah bila kita hadapi masalah dalam satu isu bukan wartawan yang kita cari dan dengar,mungkin ada kebarangkalian silap menyampaikan dan memahamkan orang,maka orang dalam bidang tersebut lah tempat kita rujuk.Wallahu A'lam.

PENTING!! Ilmu sebelum bercakap dan beramal..bertindaklah dan bercakaplah dengan ilmu.

Orang berjaya vs Orang gagal

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak kongsi tips untuk berjaya.Tak kira nak berjaya dalam apa bidang sekalipun baik kerjaya, perniagaan, belajar dan sebagainya.Anda selalu gagal? Tahukah anda orang yang berjaya, telah menempuhi kegagalan yang lebih banyak dari yang dilalui oleh orang gagal.Bezanya, orang yang berjaya itu tidak takut dengan kegagalan,mereka belajar dari kegagalan,mereka berusaha keluar dari kegagalan.

Wednesday 21 December 2011

Hizbul Bahri

بِسْمِ اللهِ الَّرحْمَنِ الرَّحْيْم
اَللَّهُمَّ يَاالله يَاعَلِيُّ يَاعَظِيْمُ يَاحَلِيْمُ يَاعَلِيْمُ. اَنْتَ رَبِّيْ وَعِلْمُكَ حَسْبِيْ فَنِعْمَ الرَّبُّ رَبِّيْ وَنِعْمَ اْلحَسْبُ حَسْبِيْ تَنْصُرُ مَنْ تَشَاءُ وَاَنْتَ اْلعَزِيْزُ الرَّحِيْمُ.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Wahai yang Maha Tinggi, wahai yang Maha Besar, wahai yang Maha Santun, Engkaulah Tuhanku, dan ilmuMu yang mencukupi akan diriku, dan sebaik-baik Tuhan adalah Tuhanku, dan sebaik-baik Pencukup adalah yang mencukupi diriku, Engkau adalah Penolong kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana.

Tuesday 20 December 2011

Zakat: Wajibkah kita mengeluarkan zakat?

Hukum zakat ke atas harta pada umumnya adalah wajib sekiranya mencukupi syarat-syaratnya.Hukum zakat mempunyai dalil-dalil yang mu'tamad dan yakin berdasarkan firman Allah yang bermaksud " dan dirikanlah solat,keluarkanlah zakat"-surah al-Baqarah:43. Oleh itu hukum orang yang menafikan kewajipan zakat adalah kafir.


Dalam ayat lain pula,Allah berfirman yang maksudnya, "Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk)

Hadis Nabi menyebut, "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,maka tunaikanlah zakat
hartanya"

Majlis Memperingati As-Syahid Imad Iffat Rahimahullah Taala

Kredit kepada penulis dan penterjemah: Syeikh Muhammad Noorazam Bahador

Ucapan Al-Imam Al-Allamah,Murabbil Ummah,Fadhilatud Duktur As-Syaikh Ali Jum'ah,HafizahuLLAHu Taala di Majlis Memperingati As-Syahid Imad Iffat Rahimahullah Taala, di Masjid Al-Azhar As-Syarif, 20-12-2011

Mufti Negara Mesir di Majlis Memperingati Syahid Darul Ifta' :

"Sesungguhnya mata ini pasti bergenang dengan linangan air mata,dan sesungguhnya hati ini merasa sedih,dan kami semua adalah orang-orang bersedih di atas perpisahan dengan kamu wahai Syaikh Imad, akan tetapi,kami tidak akan mengucapkandengan lisan kami melainkan ucapan-ucapan yang diredhai oleh Allah S.W.T.
Cukuplah Allah sebagai Pembela Kami,dan Dialah sebaik-baik tempat kami menyerahkan urusan-urusan kami.
Mereka membunuh anakku,kemudian membakar pula kitab-kitabku."

Petua Khas Untuk Anda- Terbaik dari Madinah

Assalamualaikum w.b.t sahabat-sahabat sekalian

Alhamdulillah kita semua diberikan kesempatan untuk bertemu,bertukar-tukar ilmu,pandangan dan maklumat, serta dikurniakan nikmat waktu lapang dan macam-macam nikmat lagi oleh Allah.
Syukur sangat-sangat. Kita juga diminta supaya selalu mengingati nikmat yang kita ada agar kita memanfaatkan nikmat itu dengan sebaik-baiknya sebagai tanda kita bersyukur atas kurniaan nikmat tersebut.

Hari ni,saya nak kongsi beberapa petua atau tips mujarrab yang diajarkan oleh para ilmuwan.Saya dapat tips ini dari seorang ulamak Syeikh Mahmud dari Madinah, dalam satu rancangan siaran radio IKIM.Mungkin ada di kalangan sahabat-sahabat yang juga mendengar sendiri rancangan tersebut.Tetapi saya ingin kongsikan buat mereka yang terlepas atau tidak mengikuti rancangan tersebut.

1.Tips mudah bangun Tahajud:

Tak perlulah saya panjangkan dengan menulis apa kelebihan Solat Tahajud di sini.Umumnya ramai yang tahu apa kelebihan dan kehebatan menunaikan solat tahajud.Akan tetapi sangat-sangat susah untuk kita bangun di tengah malam seketika hanya untuk menunaikan solat sunat 2rakaat sekalipun.Kalau bangun tengah malam pergi tandas buang air boleh,bangun malam dan berjaga untuk menonton perlawanan bola sepak pun boleh.Tetapi kenapa kita tidak mampu untuk bangun lebih kurang 15minit solat dan berdoa kepada Allah di tengah-tengah malam?Rahsianya adalah kerana syaitan tidak suka orang yang bangun solat malam bermunajat kepada Allah dan berdoa kerana inilah waktu yang sangat-sangat mustajab dan diterima oleh Allah untuk hambanya meminta keampunan,hajat dan lain-lain.Syaitan akan berusaha menggagalkan anda untuk bangun.
Namun ada cara untuk kita mudah bangun solat tahajud.Sebelum tidur kita bacalah surah alQadr.( Inna anzalnahu fi lailatil qadr sehingga habis)pada ayat terakhir (salamun hiya hatta) ulang sebanyak 3 kali dan niatkan untuk bangun pukul berapa.Insya Allah anda akan terjaga.

2.Petua untuk mereka yang sakit migrain

Sesiapa yang ada penyakit migrain, boleh amalkan cara ini..InsyaAllah akan sembuh.amalkan baca surah alHasyr ayat 20-24.sambil usap kepala.Amalkan selalu terutamanya bila sakit datang.



3.Petua kalau anak anda selalu sakit,kurus kering,kena gatal-gatal,ruam dan macam-macam masalah

Anda bolehlah cuba dengan mengubah nama anak anda.Macam susah je,nak kena pergi JPN ke?tak perlu,cukuplah anda ubah nama yang anda selalu panggil anak anda.Contoh nama anak dan panggilan anak anda adalah Puteri,tukar kepada nama lain seperti panggil Aminah ke, Solehah ke,dan sebagainya.Petua ni merupakan amalan masyarakat Madinah dulu-dulu dan di ajarkan dan diwarisi secara mulut ke mulut.Selamat mencuba.

Jadi cukup sekadar ni dulu perkongsian ilmu dari saya.Kalau ada lagi saya akan kongsi dengan sahabat-sahabat.Semoga semua mendapat manfaat.

Sunday 18 December 2011

Petua Khas Untuk Wanita dan Mengelak Sihir

Assalamualaikum pembaca budiman sekalian.

InsyaAllah hari ni saya ingin berkongsi sedikit petua/amalan2 yang diajarkan oleh seorang ulamak dari madinah,hadiah khas dari madinah untuk malaysia. Kebetulan pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja saya,saya mendengar radio ikim,dan penceramah dalam sesi soal jawab bersama pendengar telah memberikan tips2 yang mujarab utk kita semua amalkan.


Petua 1:

Bagi wanita yang mempunya masalah kitaran haidnya terganggu,dan tidak menentu, petuanya adalah dengan duduk di bawah cahaya bulan purnama. Iaitu jika kita rujuk kalendar hijri,tarikhnya adalah 13,14,15 yang dinamakan hari putih "Ayyam Abyadh"-bukan ayam warna putih ye! So, bolehla ajak suami keluar di malam bulan purnama melihat cahaya bulan.Romantik kan..Tak perlu lama-lama dalam 15 ke 30minit je.sambil2 tu keluar makan2.Kenapa bulan purnama?Menurut Syeikh,ketika bulan purnama,air laut akan berubah pasang surutnya,air laut ada hubungan dengan bulan purnama,begitu juga dengan tubuh badan manusia.InsyaAllah akan berubah semula kitaran haidnya..Selamat mencuba.

Rekreasi Minda!!

Situasi 1
Stapa: Razi, Zubaidah tu sampai sekarang masih tak nak kahwin dengan kau ke?
Razi: Macam tu lah.Dia taknak kat aku..
Stapa: Nape ko tak cakap kat dia, pakcik ko kaya gile, dan ko satu-satu waris yg tinggal, dan pakcik ko plak da uzur..
Razi: Aku da cakap da camtu kat dia..

Stapa: Habis tu, apa hasilnya?

Manusia Yang Tidur

Nabi S.A.W bersabda " Manusia itu tidur,apabila sudah mati barulah dia sedar."
Apakah yang dimaksudkan daripada kata-kata Nabi S.A.W ni?Kalau nak diikutkan kata-kata ini seolah-olah terbalik.Sepatutnya mati itulah tidur bagi manusia.
Berkata Syeikh Sya'rawi rahimahullah, bahawa manusia itu ramai yang tidur dan lena daripada apa yang sedang menantinya di akhirat kelak.Sesetengah manusia itu ada yang percaya dengan yakin, ada yang ragu-ragu dengan hari akhirat,malah ada yang menafikannya.

Assalamualaikum..Ahlan Wasahlan

Selamat datang ke blog saya.