Thursday 29 December 2011

2012: Dunia akan berakhir?

Assalamualaikum w.b.t

Sahabat yang dikasihi sekalian. Lagi beberapa hari kita akan meninggalkan tahun 2011 dan bertemu dengan 2012. Banyak kenangan manis dan pahit dalam setahun yang kita lalui. Yang lepas sudah menjadi history, sekarang adalah reality, dan akan datang masih mistery.



Hari ni kita sembang pasal isu yang orang sekarang sibuk-sibuk bercerita.Pasal 2012. Anda ada terima email ke atau risalah ke yang mengatakan 2012 ni akan berlaku kiamat tak?



Contoh email yang saya dapat macam ni:

 Cuba kira... 1 Ramadan  pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam   pertengahan bulan ramadan iaitu  hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan k ita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas  dekat bumi ni)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... cuba kita    tengok  hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut...  

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari ping ita nnya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah te lin ga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Apa kata anda tentang perkara ni? 

Kita beriman dengan Allah dan Hari Akhirat. Kita beriman dengan Rasulullah S.A.W. Apa kata nabi S.A.W? Dalam sebuah hadis dinamakan sebagai hadis Jibril, nabi telah ditanya oleh Saidina Jibril alaihissalam yang menyerupai seorang pemuda,

"Lelaki itu bertanya lagi: “Terangkan kepadaku tentang Qiamat.” Baginda bersabda: “Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.” Lelaki itu berkata: “Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.” Baginda bersabda:“(Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).


Kalau dilihat memang dah banyak tanda-tanda kiamat ni berlaku.Dan ramai juga orang yang meramal bila akan berlaku kiamat ni.Ada yang tarikh ramalan mereka dah lepas pun ada.Macam-macam.Siap buat filem lagi dan boleh untung berjuta-juta dolar.

Jadi, apa yang kita dituntut sebenarnya adalah membuat persediaan. Bukanlah kita diminta sibuk bincang bila tarikh akan kiamat.Itulah hikmah Allah rahsiakan bila kiamat akan berlaku.Supaya kita bersedia setiap masa.Bukan esok nak kiamat baru nak bertaubat.Kiamat yang paling dekat dengan kita tak pula kita risaukan,iaitulah kematian kita..

Jom kita muhasabah diri kita,cek balik amalan kita ni agak-agak sudah cukup atau tidak bekalan kita?

Kiamat pasti berlaku pada bila-bila masa mengikut Kehendak Allah.Bersiap sedialah kita semua..

No comments:

Post a Comment