Monday 9 January 2012

Sekularisme..Perkara Yang Mesti Anda Tahu-Siri 1


Assalamualaikum w.b.t..Sahabat-sahabat yang dikasihi.Harini saya nak share benda berat sikit tapi penting untuk agama, diri,keluarga, masyarakat dan negara kita.Semoga bermanfaat.
Kenali Sekularisme- Siri 1

Erti Sekularisme

1. Kamus BBC: Kepercayaan bahawa agama tidak sepatutnya mempunyai sebarang pengaruh atau hubungan  dengan pentadbiran sesebuah negeri, sebagai contoh dalam bidang pendidikan ataupun aturan politik.Oleh itu untuk  mensekularkan sesuatu sistem seperti masyarakat atau pendidikan ia bermakna merubahnya  sehingga ia tidak lagi berada dibawah kawalan pengaruh agama.

 2. Kamus Dewan: Fahaman yang menolak atau memisahkan agama atau ciri-ciri keagamaan daripada urusan-urusan yang tidak bersangkutan dengan agama   (seperti pentadbiran awam dan lain-lain)

3. Kamus Dwibahasa: Pendapat bahawa pendidikan kesusilaan tidak seharusnya didasarkan kepada agama.

4. Daa'iratul Ma'arif al-Brithoniah: Sekularisme ialah suatu gerakan sosial yang bertujuan memalingkan manusia  daripada  mementingkan persoalan akhirat kepada mementingkan kehidupan duniawi semata-mata.

Daripada pengertian-pengertian yang diberikan, sekularisme ini dapat disimpulkan sebagai  satu fahaman kebendaan yang menolak nilaian  dan ukuran akhirat atau agama sebagai asas bermasyarakat  dan bernegara, atau fahaman yang menjadikan pemenuhan tuntutan duniawi sebagai  matlamat tertinggi manusia.

Matlamat Sekularisme
Matlamat sekularisme adalah untuk menutup sebarang hubungan alam ini dengan Allah S.W.T.  

Ia tercapai dengan menolak segala nilai, ukuran, peraturan hukum, dan konsep-konsep agama  dari memandu kefahaman dan aktiviti kehidupan manusia. Dan ia digantikan pula dengan ukuran,penilaian, peraturan,undang-undang dan konsep baru yang bersumberkan akal fikiran manusia semata-mata  yang dihasilkan daripada berbagai teori dan ideologi serta falsafah kebendaan yang muncul di Barat.

Bentuk-bentuk Ajaran Sekularisme

Di antara ajaran-ajaran umum Sekularisme:

1. Menolak keimanan kepada Allah dan menolak konsep ibadah

2. Menjauhkan agama daripada mengarah dan memandu hidup manusia di dalam pelbagai bidang  seperti kesenian,pendidikan dan moral.

3. Mendirikan kerajaan-kerajaan yang diasaskan di atas prinsip-prinsip moden tanpa sebarang ikatan  yang kukuh dengan panduan agama.

4. Hanya beriman dan percaya kepada benda yang dapat dikesan oleh pancaindera dan menolak benda  yang tidak dapat dikesan oleh pancaindera.

5. Usaha bersungguh-sungguh untuk memalingkan manusia dari beramal atas nama akhirat, dan menitik-beratkan kepada keseronokan hidup di dunia semata-mata.
 
Bersambung..InsyaAllah

Ajaq Qahiri: Cuba nilai dan banding, rasa-rasa ciri-ciri ini ada atau tidak pada diri kita, keluarga, masyarakat dan negara kita? Kalau ada kembalilah..Pilihlah Islam sebagai cara hidup kita.Moga berjaya dunia dan akhirat.

Artikel ini adalah sabahagian  daripada isi buku yang dikarang oleh guru saya, Al-Fadhil Ustaz Zulkifli bin Ismail.

No comments:

Post a Comment