Wednesday 25 January 2012

Panduan Pelaburan Emas di Bank: Halal dan Haram

Assalamualaikum.
Sejak akhir-akhir ni,ramai yang sudah memilih untuk melabur dalam pelaburan emas.Namun ada sesetengahnya yang mengabaikan halal haram dalam pelaburan emas ini,dek kerana hanya melihat kepada keuntungan duniawi semata-mata,sekaligus mendedahkan diri mereka terjerumus dalam riba.Kerana emas merupakan salah satu item ribawi.Sebab itu ajaran asas dalam Islam Ilmu dulu sebelum melakukan sesuatu atau bercakap sesuatu.
Sedikit panduan untuk pelaburan emas di bank:


• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.

 Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu. 

 Sebagai contohnya, pelanggan yang hanya membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulakan akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti (seperti resit/statement) bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya). 

HALAL DAN SAH :

Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-

a.    Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.

b.  Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil hak milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)  

Harap panduan ringkas ini dapat membantu sahabat-sahabat membuat pilihan yang tepat. Pastikan anda tidak untung di dunia,rugi di akhirat. Pilihlah yang meyakinkan dan menenangkan hati daripada yang syubhah dan meragukan.

Yang paling penting bila dah pastikan sumber dari yang halal,biarlah digunakan juga pada yang halal..Nak melabur pilih yang yang halal,dan jangan lupa akan zakat emas supaya emas simpanan kita itu tidak menjadi bahan azab buat tuannya di akhirat kelak.

sumber rujukan: zaharuddin.net

1 comment: