Tuesday 3 January 2012

Bila Quran Terbiar


Pabila Quran mula terbiar,
Hati mula menjadi liar,
Diri jauh dari petunjuk ilahi,
Jiwa kacau asyik nak berkelahi,
Badan lemah lesu untuk bangun beribadat,
Cergas dan aktif melakukan maksiat,
Hidup mula hilang kasih sayang,
Bahagia yang dicari entah ke mana menghilang,
Di sangka bahagia itu pada barang,
Mula sibuk mencari harta pagi dan petang,
Menjadi hamba kepada Dunia,
Lupa bahawa akhirat itu masih ada.
Halal dan haram sama sahaja,
Tidak dipeduli apa orang kata,
Bila dinasihati mereka benci,
Kubur lain-lain jawapan yang diberi..

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Pencipta.
Hatimu itu begitu lapar dan dahagakan petunjuk dari-Nya.
Rawatlah hatimu yang sakit sebelum ia parah,
Bersihkan hatimu dari najis dan nanah,
Dari segala kekotoran maksiat yang kamu lakukan.
Astaghfirullah al-'Azhim..
Ya Allah,kami telah menzalimi diri kami,
Sekiranya Engkau tidak mengampuni kami,
Nescaya kami tergolong dikalangan orang yang rugi..

Ya Allah janganlah Engkau palingkan hati kami,
Setelah Engkau beri hidayah kepada kami.
Berilah kami kebaikan di dunia dan akhirat..

No comments:

Post a Comment