Sunday 15 January 2012

Layakkah Mereka Menjadi Pemimpin Kita?

Assalamualaikum.

Lama rasa tak menulis di blog.Rindu juga. Bukan apa, saja duk perhati isu-isu yang belaku di negara kita khasnya dan dunia amnya.Tertarik dengan sesetengah isu yang berlaku.Saya ada baca sebuah blog mengatakan dan membongkar bahawa ada sesetegah pemimpin yang masuk dalam sesebuah parti atau jemaah kerana ada kepentingan sendiri.Ada matlamat lain dan ingin mengambil kesempatan ke atas jemaah itu.Dan ada juga sesetengah ahli yang tidak bersetuju jika seseorang yang baru terlibat dalam jemaah,sudah diangkat dan diberikan jawatan sebagai pemimpin.Dan maam-macam isu dalam memilih siapa yang layak diangkat sebagai pemimpin.

 Wallahu a'lam hati masing-masing hanya Allah sahaja yang tahu, siapa yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan atau sebaliknya.Moga Allah pimpin kita dan mereka-mereka yang jujur dalam perjuangan ini ke jalan yang benar.

 Saya tertarik dengan tulisan sahabat saya, yang saya kira boeh dikaitkan juga dengan isu ini,Jom kita ambil pengajaran semoga kita berada di atas petunjuk yang benar.

Daripada fb Muhammad Noorazam Bin Bahador telah menulis:

Beberapa pengajaran yang kita boleh ambil dari Sirah Baginda S.A.W :

Selepas Islamnya Saidina Khalid Ibn Walid R.A,beliau dilantik oleh Baginda S.A.W untuk memegang tanggungjawab memimpin tentera Islam dalam beberapa siri peperangan. Tidak timbul persoalan "Anta masih baru dalam Jemaah", "Latar belakang anta dari golongan sekian-sekian(kafir),jadi anta tak layak memegang jawatan dalam Jemaah".

Pengajaran yang mungkin dapat kita ambil (Wallahu'alam) :

1. Memegang amanah tugas/jawatan dalam organisasi bukanlah penilaiannya kepada semata-mata seniority di dalam organisasi. Boleh jadi seseorang yang baru terlibat itu ada kemampuan dan kelayakan yang tidak dimiliki oleh ahli-ahli yg lama dan jauh lebih soleh,maka dia didahulukan untuk memikul
tugas.
Semua Muslim adalah sama kedudukannya dari sudut boleh memberikan khidmat kepada Perjuangan Islam. Perjuangan ini milik semua.

2. Latarbelakang ahli-ahli baru yang terlibat tidak seharusnya dijadikan Polemik sekiranya timbul sesuatu isu.
Sebaliknya : Sebarang tindakan,hukuman,penilaian dan ukuran yang seharusnya digunapakai dalam apa sahaja isu yang timbul adalah berasaskan penilaian terhadap komitmen semasanya,juga kepatuhannya kepada etika,dasar dan disiplin semasa sesebuah Jemaah itu.

Apabila penilaian terhadap seseorang ahli jemaah itu adalah berdasarkan etika,dasar,dan disipilin Jemaah, maka,tidak timbul lagi persoalan latar belakang seseorang, bahkan ketika ini,tiada lagi beza antara ahli yang lama mahupun yang baru.
Kesemuanya sama,kesemuanya adalah Pejuang dan Khadam kepada Perjuangan Islam yang Suci dan Mulia ini.

^^Semoga Allah terus memelihara keutuhan Jemaah ini,dan menjauhkan para Pimpinan dan ahlinya dari perpecahan dan persengketaan. Amin^^
 
Peringatan buat Yang Lama :
Janganlah terlampau mudah untuk melabel,menyimpan prasangka terhadap yang baru semata-mata berasaskan latarbelakang mereka. Terlebih buruk lagi apabila timbul di dalam jiwa yg lama,bahawa dia adalah lebih baik dan lebih awla berbanding yang baru.

Peringatan buat yang Baru :
Mestilah PATUH, kepada Etika,Dasar dan Disiplin Jemaah. Mestilah Jujur terhadap Perjuangan dan Matlamat Perjuangan.

*Kesemua kita berkumpul untuk memperjuangkan Islam.
Tiada yang lebih utama melainkan mencapai Matlamat Perjuangan. Janganlah kerana beberapa tindakan kita sendiri,kita membelakangkan Perjuangan, ataupun merugikan sendiri Perjuangan tersebut.*
 AQ: Terima kasih buat akhi Azam.Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran di sisiNya.

No comments:

Post a Comment