Monday 9 January 2012

Sekularisme.. Perkara Yang Mesti Anda Tahu- Siri 2

Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang saya sebut dalam Siri 1.Klik sini untuk mengulangkaji. Kita sambung lagi pembacaan kita berkisar Sekularisme,perkara yang mesti kita ketahui hakikatnya.


Sekular dan Agama

Adakah peranan agama sepenuhnya ditolak oleh negara di dalam fahaman sekularisme?

Tidak, kerana walaupun agama tidak boleh campur tangan dalam pentadbiran negara, namun ia tetap boleh dilibatkan apabila negara mendapatinya menguntungkan tujuan-tujuan duniawi negara atau dengan lain perkataan agama di dalam negara sekular dijadikan sebagai alat negara untuk mencapai tujuan-tujuan sekular negara.

Contoh: Dalam menjaga dan mengekalkan kuasa dalam pentadbiran negara, mereka menggunakan sentimen agama untuk meraih sokongan dan kepercayaan rakyat yang cenderung kepada agama, kepada mereka.Seperti menganjurkan program-program keagamaan,slogan-slogan keagamaan,membuat sekolah-sekolah agama,masjid-masjid,dan sebagainya.Ia tidak lebih dari tujuan menjadi alat negara ke arah mencapai matlamat-matlamat duniawi.

Kadang-kadang mereka seolah-olah menjadi hero yang mempertahan akidah dan pembela agama,seperti dalam isu murtad dan penggunaan kalimah Allah.Dalam masa yang sama merekalah sebenarnya yang membiarkan berlakunya kerosakan dalam agama, akhlak dan moral masyarakat.

Perkara yang amat penting disedari bahawa terima pakai terhadap ajaran agama dalam negara sekular bukanlah diasaskan atas dasar keimanan dan ketaatan kepada kebenaran agama, akan tetapi di atas pulangan duniawi yang boleh diberikan agama kepada negara.

Justeru dapatlah kita fahami hakikat penolakan golongan sekular negara terhadap tuntutan melaksanakan hukuman hudud sebagai kewajipan dan penyelesaian terhadap masalah keruntuhan moral tanah air.Kerana ia sangat-sangat merugikan mereka..Penolakan itu bukan sebab nak utamakan pendidikan ummah terlebih dulu,atau kerana tunggu cukup tenaga-tenaga peguam syar'ie yang memahami undang-undang Islam, dan bukan juga kerana nak cari penyelesaian lain yang lebih lembut..Tidak!!
Ia bukan satu bentuk penangguhan seperti yang diloyar burukkan oleh sesetengah penulis,belum masanyalah, zaman dan keadaan sekarang bukan masa yang sesuai,dan lain-lain alasan..Ia sebenarnya penolakan dan pengharaman abadi yang diarahkan oleh sembahan mereka yang bernama Sekularisme.

Kejahilan mengenainya akan membawa akibat yang amat buruk kepada Islam dan umat Islam di tanah air.

No comments:

Post a Comment