Saturday 7 January 2012

Tips dari Ajaq Qahiri di Majalah Wanita?

Assalamualaikum kawan-kawan..

Betul ke tips Ajaq Qahiri masuk majalah wanita? Apa kena mengena la saya sampai boleh masuk majalah Wanita. Selama ni tak pernah pun terfikir boleh masuk majalah, apa tah lagi majalah wanita.Kalau nak cari saya di Majalah Wanita,carilah di keluaran Januari 2012. Majalah Wanita tau, bukan Mingguan Wanita ye..

Saya telah ditemuramah dua bulan lepas oleh wartawan majalah Wanita untuk mengulas dan memberi pandangan berkaitan ibu tunggal dan memberikan tips-tips bagaimana nak menaikkan motivasi ibu tunggal ni..


 Gambar saya di majalah wanita..He2.( Malu la plak letak gambar sendiri di blog)

Wah, macam la saya ada pengalaman jadi ibu tunggal. Tapi saya bukan lah memberikan pandangan berdasarkan pengalaman saya, cuma apa yang saya kongsikan, dalam apa jua masalah, Islam ada jawapan dan penyelesaiannya.


Bagaimana cara kita menghadapi masalah,berbekalkan senjata keimanan kita..Boleh rujuk dan baca entri saya pasal Stress: Islam Ada Penawarnya.

Jadi siapa-siapa yang tak ingin tak dapat nak beli Majalah Wanita, saya nak share sikit la isi kandungan dan tips-tips untuk ibu tunggal yang disebut dalam Majalah Wanita.

1. Mesti terima dengan sabar dan redha. Beriman kepada Qada' dan Qadar..Kerana ia asas kehidupan kita dan benteng diri dari mengambil tindakan yang ditegah agama.Nak dapat kesabaran kena ada ilmu dan kefahaman dalam agama.Nak ada ilmu kena lah belajar.

2.Mencari kawan@sahabat yang positif pemikirannya yang selalu mengajak kepada kebaikan dan kuat agamanya atau berilmu.

3.Banyakkan membaca al-Quran kerana padanya ada petunjuk dan penawar.

4.Perbanyakkan selawat. Dengan berselawat banyak khasiatnya antaranya diberi rahmat,diberi kekuatan dan pertolongan.

5.Banyakkan berdoa.Itulah senjata orang beriman.

6. Tidak terlalu fokus pada masalah sebaliknya fikirkan penyelesaiannya.

7.Jangan berputus asa.Percaya dengan keluasan rahmat dan kekuasaan Allah.

Pesanan buat diri.Kita semua pasti diuji oleh Allah untuk Allah melihat siapa di kalangan hamba-hambaNya yang sabar dan baik amalannya.Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Yang baik itu, semuanya kembali kepada Allah, kurniaan dan pinjaman dariNya, supaya kita menjadi hambaNya yang bersyukur..

Terima kasih sudi membaca. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment