Monday, 2 January 2012

Awas : Doa Orang Dizalimi

Daripada Abdullah bin Abbas r.a, Nabi SAW bersabda mafhumnya:
" Takutilah doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada hijab di antaranya dengan Allah"


Ingat sahabat-sahabat,jangan kita jadi orang yang zalim,bersama dengan mereka dan jangan kita memberi sokongan kepada kezaliman mereka.Allah sangat membenci orang-orang yang zalim.

Baru-baru ni,kecoh berita pelajar Islam,saudara kita ada yang ditangkap, dipukul sehingga parah, dilayan seperti penjenayah, dikeji dan dicaci..Sebelum ni juga telah banyak rakyat-rakyat yang lemah ditindas Ingatlah mereka-mereka yang bersubahat,sama ada secara langsung atau tidak,yang mengeluar arahan atau yang menjalankan arahan, AWAS..mereka yang dizalimi ini mustajab doa mereka. Anda tidak tahu apa yang mereka doakan untuk anda..Kalau mereka mendoakan anda mendapat hidayah bersyukurlah,tetapi kalau mereka mendoakan keburukan kepada anda,  bagaimana?

Nabi SAW bersabda " Bantulah saudara kamu yang zalim dan yang dizalimi"

Jom sahabat-sahabat kita bantu saudara kita. Apa yang boleh kita bantu, doakan keselamatan saudara kita yang dizalimi,agar hak mereka dikembalikan. Sama-sama kita menyokong mereka yang dizalimi..Bukan menyalahkan mereka, menggelar mereka bodoh dan tidak berfikir panjang hanya semata-mata mereka menuntut hak mereka yang dirampas si zalim.

 Bagaimana pula membantu mereka yang zalim ini?Adakah sama-sama melakukan kezaliman?Pasti tidak..Kita bantu mereka berhenti daripada melakukan kezaliman. Selamatkan mereka dari terus menerus melakukan kezaliman,baik jalan nasihat,bawa ke muka pengadilan, jangan biarkan mereka terus berkuasa, cegah orang lain terus menyokong mereka.Semoga kemungkaran dan kezaliman mereka dapat diubah.

2 comments:

  1. hanya doakan Allah berikan balasan yang setimpal

    ReplyDelete
  2. Yup..serah kepada Allah..Apa yang terbaik

    ReplyDelete