Showing posts with label Politik Islam. Show all posts
Showing posts with label Politik Islam. Show all posts

Wednesday, 25 January 2012

Kalau Engkau Ingin Berjuang Bersama Mereka..


"Ya Allah pimpinlah kami ke jalan yang benar.Jalan orang-orang yang telah engkau kurniakan nikmat ke atas mereka. Iaitu para nabi-nabi, para siddiqin, para syuhadak dan para solehin. Tempatkanlah kami berada di kalangan mereka.Ameen."

Sunday, 15 January 2012

Layakkah Mereka Menjadi Pemimpin Kita?

Assalamualaikum.

Lama rasa tak menulis di blog.Rindu juga. Bukan apa, saja duk perhati isu-isu yang belaku di negara kita khasnya dan dunia amnya.Tertarik dengan sesetengah isu yang berlaku.Saya ada baca sebuah blog mengatakan dan membongkar bahawa ada sesetegah pemimpin yang masuk dalam sesebuah parti atau jemaah kerana ada kepentingan sendiri.Ada matlamat lain dan ingin mengambil kesempatan ke atas jemaah itu.Dan ada juga sesetengah ahli yang tidak bersetuju jika seseorang yang baru terlibat dalam jemaah,sudah diangkat dan diberikan jawatan sebagai pemimpin.Dan maam-macam isu dalam memilih siapa yang layak diangkat sebagai pemimpin.

 Wallahu a'lam hati masing-masing hanya Allah sahaja yang tahu, siapa yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan atau sebaliknya.Moga Allah pimpin kita dan mereka-mereka yang jujur dalam perjuangan ini ke jalan yang benar.

Monday, 9 January 2012

Sekularisme.. Perkara Yang Mesti Anda Tahu- Siri 2

Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang saya sebut dalam Siri 1.Klik sini untuk mengulangkaji. Kita sambung lagi pembacaan kita berkisar Sekularisme,perkara yang mesti kita ketahui hakikatnya.


Sekular dan Agama

Adakah peranan agama sepenuhnya ditolak oleh negara di dalam fahaman sekularisme?

Sekularisme..Perkara Yang Mesti Anda Tahu-Siri 1


Assalamualaikum w.b.t..Sahabat-sahabat yang dikasihi.Harini saya nak share benda berat sikit tapi penting untuk agama, diri,keluarga, masyarakat dan negara kita.Semoga bermanfaat.
Kenali Sekularisme- Siri 1

Erti Sekularisme

1. Kamus BBC: Kepercayaan bahawa agama tidak sepatutnya mempunyai sebarang pengaruh atau hubungan  dengan pentadbiran sesebuah negeri, sebagai contoh dalam bidang pendidikan ataupun aturan politik.Oleh itu untuk  mensekularkan sesuatu sistem seperti masyarakat atau pendidikan ia bermakna merubahnya  sehingga ia tidak lagi berada dibawah kawalan pengaruh agama.

Tuesday, 3 January 2012

Sketsa Kehidupan 2


Biar gambar berbicara..Realiti hidup kita..Hukuman di dunia kadang-kadang berat sebelah..Ada orang tidak bersalah tapi dihukum. Ada orang bersalah tidak dihukum..Ada pesalah diberi hukuman ringan tidak setimpal dengan kesalahannya, ada juga sebaliknya yang dijatuhkan hukuman berat berbanding kesalahan yang dilakukan..Itulah dunia..Tetapi kita beriman adanya AKHIRAT.. Allah lah sebaik-baik pengadil dan penghukum.

Sketsa Kehidupan

Dalam keadaan kita dihimpit oleh tekanan ekonomi dengan kenaikan harga barang, ada tangan-tangan yang menghulurkan bantuan nak ringankan beban rakyat..Terima kasih banyak-banyak..Baikkan? Baik ada makna...Sebagai tanda terima kasih kita pada mereka,kita beri mereka rehat dari segala beban rakyat yang terpaksa mereka tanggung.Susah-susah je..

Monday, 2 January 2012

Awas : Doa Orang Dizalimi

Daripada Abdullah bin Abbas r.a, Nabi SAW bersabda mafhumnya:
" Takutilah doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada hijab di antaranya dengan Allah"


Thursday, 22 December 2011

Ambil sesuatu ilmu itu dari ahlinya

Suatu yang perlu kita insafi bersama, dalam setiap bidang dan perkara ada ahlinya iaitu orang yang pakar dalam bidang tersebut yang menjadi rujukan. Dalam bidang kedoktoran ada pakar rujuknya, bidang masakan bidang, matematik dan sebagainya ada ahlinya . Begitu juga dengan Islam,ada pakar fiqhnya, usul fiqh, usuluddin,tafsir, hadis dan sebagainya.

Justeru andai kita ingin mengetahui tentang sesuatu bidang rujuklah pakarnya.Contoh dalam Politik Islam rujuklah ulamak dalam bidangnya.Muamalat rujuk ulamak dalam bidangnya.

Kalau kita sakit kepala sudah tentu kita tidak jumpa mekanik.Macam tulah bila kita hadapi masalah dalam satu isu bukan wartawan yang kita cari dan dengar,mungkin ada kebarangkalian silap menyampaikan dan memahamkan orang,maka orang dalam bidang tersebut lah tempat kita rujuk.Wallahu A'lam.

PENTING!! Ilmu sebelum bercakap dan beramal..bertindaklah dan bercakaplah dengan ilmu.