Thursday 19 January 2012

Hartamu Di Dunia Jariahmu Di Akhirat

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar sahabat-sahabat. Rindu rasa hati untuk mencoret sedikit di blog.Biasa lah kadang rajin, kadang malas,kadang sibuk.Alhamdulillah sekarang Allah beri kesempatan waktu sedikit.So kena manfaatkan waktu yang Allah beri pinjam ni untuk perkara yang bermanfaat..Mencoret di blog.Semoga bermanfaat untuk semua.

Hari ni kita cerita sedikit pasal harta dalam Islam.Sebut harta je,mesti semua orang nak ada banyak harta.Nak jadi kaya.Usaha macam-macam cara nak dapatkan harta.Tak perlu orang nasihat suruh cari harta,kita sendiri yang fikir cara-cara nak dapat harta yang banyak.Itulah namanya fitrah.Memang Allah jadikan manusia ni suka,cenderung dan sayang akan harta tersebut.




Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).

Pandangan Islam Terhadap Harta
Islam tidak pernah menghalang umatnya memiliki harta.Kerana ia adalah fitrah manusia, dan manusia memerlukannya dalam kehidupan.Islam merupakan agama yang selari dengan fitrah manusia.Tidak menghalang umatnya memiliki sebanyak mana pun harta yang mampu dimiliki, akan tetapi Islam memandu umatnya memahami hakikat harta,bagaimana mendapatkannya dan bagaimana membelanjakannya. Supaya manusia tidak hanyut dan tenggelam dengan harta sehingga menjadi hamba kepada harta yang akhirnya akan memudaratkan tuannya.

Al-Quran telah menegaskan bahawa semua harta itu adalah hak milik mutlak Allah s.w.t, dan diamanahkan kepada manusia sebagai hamba dan khalifahNya untuk dimanfaatkan dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Harta merupakan salah satu daripada bentuk ujian Allah kepada hambaNya.Dua soalan akan ditanya di akhirat kelak berkisar tentang harta.

1.Dari mana diperolehinya? Jalan halal atau haram?
2.Ke mana diinfakkannya/digunakannya? Taat atau maksiat?


Sumber Harta
Jadi sama-sama lah kita pastikan harta kita dari sumber yang halal.Masalahnya adakah halal bagi kita itu menepati halal di sisi syarak?Contoh: Kerja sebagai penari,penyanyi,kerja-kerja di bank konvensional yg jelas terlibat dengan riba dan sebagainya, pekerjaan yang samar-samar bercampur antara halal dan haram.Sesetengah orang memandang remeh isu ini beralasankan terpaksa,tiada pilihan susah cari kerja dan sebagainya.Akhir zaman ini,bila manusia terlalu kejarkan dunia,mereka mengabaikan soal halal haram.Ada yang tidak jujur dalam berniaga, menipu orang ramai,rasuah, mengambil hak orang lain dan sebagainya.Semoga kita tidak termasuk dalam golongan ini.

Menggunakan Harta dan Menguruskannya
Biarlah mengikut keutamaan.Mula-mula pastikan yang wajib ditunaikan dan merupakan perkasa asas hidup(Dhoruriat) Kalau tiada manusia akan binasa.seperti Nafkah diri dan keluarga dari sudut pakaian,makanan dan tempat tinggal

Kemudian belanja untuk perkara-perkara keperluan hidup (Hajiat) iaitu jika tiada, manusia akan berasa susah.Contoh pengangkutan, takaful, dan sebagainya.

Dan yang terakhir belanja untuk kemewahan hidup (Tahsiniat)

Sebelum kita menghabiskan wang kita untuk kemewahan hidup seperti rumah yang besar,kereta mewah,pakaian berjenama mahal, makanan di restoran hebat-hebat,hendaklah kita belanjakan sebahagian daripada harta kita ke jalan Allah. Antaranya zakat, infaq fi sabilillah, sedeqah dan wakaf.


Simpan Harta: Antara Nampak dan Tidak

Dunia
Kesedaran masyarakat dalam menyimpan harta memang cukup tinggi.Ada yang memperuntukkan 1/3 daripada pendapatannya adalah untuk simpanan dan pelaburan.Setiap tahun kita nampak pertambahannya.Semakin bertambah semakin senyum kita.Itu untuk simpanan di dunia.Kita boleh guna dan pakai selagi nyawa masih ada.Bila sudah tiada,harta itu pindah milik kepada waris dan orang lain..Duduklah kita miskin di akhirat.

Akhirat
Yang ramai kita lupakan,atau kesedaran terhadapnya masih rendah adalah simpanan harta kita untuk akhirat.Ramai orang berkira-kira nak keluar zakat,sedekah,atau wakaf.Sebabnya kita tak nampak kelebihan dan faedah daripadanya.Walhal itulah harta milik kita yang sebenar yang dikira disisi Allah.Sedikit yang kita beri,besar yang kita terima kembali.Itulah bekal yang akan menjadikan kita kaya di akhirat.Sayangnya sedikit yang mengetahui.Sedikit juga yang mahu melakukannya.

Ok sahabat-sahabat, sekadar itulah coretan ringkas saya hari ini.Khas buat teman-teman,diri saya sendiri, agar jangan terpedaya dengan dunia,jangan kerana kejarkan harta di dunia,akhirat kita cicirkan.

Terima kasih.

2 comments:

  1. Mohon copy gambar2 diatas ye.. terima kasih ����

    ReplyDelete
  2. Mohon copy gambar2 diatas ye.. terima kasih ����

    ReplyDelete