Sunday 18 December 2011

Petua Khas Untuk Wanita dan Mengelak Sihir

Assalamualaikum pembaca budiman sekalian.

InsyaAllah hari ni saya ingin berkongsi sedikit petua/amalan2 yang diajarkan oleh seorang ulamak dari madinah,hadiah khas dari madinah untuk malaysia. Kebetulan pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja saya,saya mendengar radio ikim,dan penceramah dalam sesi soal jawab bersama pendengar telah memberikan tips2 yang mujarab utk kita semua amalkan.


Petua 1:

Bagi wanita yang mempunya masalah kitaran haidnya terganggu,dan tidak menentu, petuanya adalah dengan duduk di bawah cahaya bulan purnama. Iaitu jika kita rujuk kalendar hijri,tarikhnya adalah 13,14,15 yang dinamakan hari putih "Ayyam Abyadh"-bukan ayam warna putih ye! So, bolehla ajak suami keluar di malam bulan purnama melihat cahaya bulan.Romantik kan..Tak perlu lama-lama dalam 15 ke 30minit je.sambil2 tu keluar makan2.Kenapa bulan purnama?Menurut Syeikh,ketika bulan purnama,air laut akan berubah pasang surutnya,air laut ada hubungan dengan bulan purnama,begitu juga dengan tubuh badan manusia.InsyaAllah akan berubah semula kitaran haidnya..Selamat mencuba.
Petua 2

Bagaimana nak elak diri dari terkena sihir?Akhir zaman ini kita selalu dengar macam2 berkenaan sihir.Lihat sahaja cerita yang ditayangkan di tv,wayang dan sebagainya,boleh dikatakan hampir setiap hari kita disajikan dengan cerita-cerita hantu,jin dan sihir ni.Jin pun naik syok la..makin glamor diorang ni.So ada juga petua atau amalan-amalan yang boleh dijadikan sebagai pendidnding insyaAllah. Antaranya dengan mengamalkan hizbul bahri setiap hari, 2kali sehari,pagi dan petang. InsyaAllah saya akan letakkan hizb tersebut di blog ini selepas ini
.
Amalan lain yang diajar oleh Ustaz Syarhan pagi td dalam rancangan Tanyalah Ustaz adalah ayat quran dari surah Yunus ayat 81. InyaAllah akan terbatal la sihir itu.diulang pada kalimah " إن الله سيبطله"
Wallahu 'Alam.Saya kongsikan 2 petua dulu,insyaAllah akan disambung pada siri-siri akan datang.

1 comment: