Friday 23 December 2011

Nak buat macamana dengan duit riba?

Assalamualaikum.

Semalam ada seorang sahabat tanya saya satu soalan, sebelum ni ada seorang hamba Allah dia ada buat bisnes emas.Kemudian bisnes yang dia buat ni menurutnya ada lah unsur-unsur riba.So hasil daripada bisnes tu dah bercampur antara modal,untung dan duit riba..So macamana nak buat?Hamba Allah ni nak bersihkan daripada duit riba tapi dia tak tahu berapa jumlahnya.Apa pandangan dari anda?


Pandangan dan jawapan dari saya,


Emas merupakan item ribawi.Antaranya emas itu tidak boleh dijual beli secara ansuran,atau secara tangguh dan sebagainya.Boleh rujuk kepada hukum riba dan emas.Sekiranya diyakini perniagaan yang dilakukan itu jelas mengandungi unsur riba,maka jalan penyelesaian yang terbaik adalah seperti berikut.

Berdasarkan ayat quran surah al-Baqarah, ayat 275 antaranya menyebut

وأَحَلَّ اللهُ البَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبواۗفَمَنْ جآءَهُ مَوْعِظَة ٌمِنْ رَّبِّهِ فَانْتَهَىفَلَهُ مَاسَلَفَۗوَأَمْرُهُ إِلىَ اللهِۗ
Maksudnya: "Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Barang siapa mendapat peringatan dari Tuhannya, lalu dia berhenti, maka apa yang telah diperolehnya dahulu menjadi miliknya dan urusannya (terserah) kepada Allah. "

Ayat ini tidaklah bermaksud pemakan harta riba ini dimaafkan dan dibenarkan mengambil dan memiliki  semua harta yang diperolehi daripada riba itu setelah dia insaf dan sedar akan pengharaman riba.Akan tetapi ayat ini adalah hukum kepada mereka yang memakan riba sebelum daripada turunnya ayat dan perintah pengharaman riba.Apa-apa yang diperolehi sebelum pengharaman riba tidak perlu dikembalikan dan ia adalah halal baginya. Dan ini juga hukum bagi mereka yang memperolehi harta dari yang haram sebelum mereka memeluk agama Islam.

Adapun orang yang ingin bertaubat setelah jelas pengharaman riba,maka wajib baginya untuk tidak mengambil selain daripada modalnya atau pokoknya sahaja(   رأس ماله  ) sahaja.
لقوله تعالى: وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُؤُوسُ أَمْوَالِكُمْ لاَ تَظْلِمُونَ وَلاَ تُظْلَمُونَ {البقرة:279
Firman Allah taala: Dan jika bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu (modal); kamu tidak menganiaya dan tidak tidak (pula) dianiaya (dirugikan).-alBaqarah ayat 279

Adapun lebihan daripada pokok itu hendaklah dipulangkan kepada tuannya.Sekiranya tidak mampu untuk memulangkannya terus kepada tuannya,maka sedekahlah. Dan pahala sedekah itu akan diterima oleh pemiliknya.InsyaAllah.

Wallahu 3a'lam.


P/S: Sekiranya tuan-tuan ada menemui pandangan lain mohon kongsi.Terima kasih.

No comments:

Post a Comment