Wednesday, 25 January 2012

Kalau Engkau Ingin Berjuang Bersama Mereka..


"Ya Allah pimpinlah kami ke jalan yang benar.Jalan orang-orang yang telah engkau kurniakan nikmat ke atas mereka. Iaitu para nabi-nabi, para siddiqin, para syuhadak dan para solehin. Tempatkanlah kami berada di kalangan mereka.Ameen."

Panduan Pelaburan Emas di Bank: Halal dan Haram

Assalamualaikum.
Sejak akhir-akhir ni,ramai yang sudah memilih untuk melabur dalam pelaburan emas.Namun ada sesetengahnya yang mengabaikan halal haram dalam pelaburan emas ini,dek kerana hanya melihat kepada keuntungan duniawi semata-mata,sekaligus mendedahkan diri mereka terjerumus dalam riba.Kerana emas merupakan salah satu item ribawi.Sebab itu ajaran asas dalam Islam Ilmu dulu sebelum melakukan sesuatu atau bercakap sesuatu.
Sedikit panduan untuk pelaburan emas di bank:


• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.